1. PERCAYA DIRI
Keyakinan
diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan
perkara terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka
teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara
tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih
baik.
Berdiri
tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian
belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri
sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan
anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak
balas yang lebih baik.
2. LELAKI BIJAK
Wanita
sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan,
selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam
otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara
baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak
semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya.
Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda
seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki
yang kelihatan intelek.
3. BIJAK BERDANDAN
Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.
4. SUKA KANAK-KANAK
Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.
5. LELAKI LUCU
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikam kalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu, anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.
Wanita
sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat
romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah
pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat
tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering
diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau
agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakkannya mahukan
yang romantik.
♥ Terima kasih ♥
No comments:
Post a Comment