Diriwayatkan
bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu
hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].
Pada masa itu, Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini
turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati
isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah
SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk
perlahan-lahan. Setelah itu, turun Malaikat Jibril AS berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu, kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu"
Setelah Malaikat Jibril AS pergi, maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh Malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian, maka mereke pun gembira sambil berkata:
"Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna"
Apabila Abu Bakar r.a mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya, maka ai pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar r.a dan mereka berkata "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna." mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu itu telah sempurna, maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a, maka sedarlah mereka bahawa akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a, maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?". Kemudian Ali r.a berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar r.a mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?". Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".
Setelah Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan. Sementara Ukasyah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu, saya hendak tau apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda". Rasulullah berkata "Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu". Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal r.a, "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimahdan ambilkan tongkaku ke mari". Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah, maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata "Siapakah di pintu?". Lalu Bilal r.a berkata "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk mengambil tongkat beliau". Kemudian Fatimah r.a berkata "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.". Berkata Bilal r.a "Wahai Fatimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah r.a lagi "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?". Bilal r.a tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. Setelah Fatimah r.a memebrikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a, beliau pun menyerahkan kepada Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a tampil ke depan sambil berkata "Wahai Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua". Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar r.a dan Umar r.a, maka dengan segera beliau berkata "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua". Kemudian Ali r.a bangun lalu berkata, "Wahai Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW, oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW", lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu". Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata "Wahai Ukasyah, bukankah kamu tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW". Mendengar kata-kata cucunya, Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua". Berkata Rasulullah SAW "Wahai Ukasyah, pukullah saya kalau kamu hendak memukul".
Kemudian Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju". Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju, maka menangislah semua yang hadir. Setelah Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW, maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya Ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormtanmu". Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kemu melihat ahli syurga, inilah orangnya". Kemudian semua para jemaah bersalam salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu, para jemaah pun berkata, "Wahai Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga".
Kemudian Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju". Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju, maka menangislah semua yang hadir. Setelah Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW, maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya Ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormtanmu". Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kemu melihat ahli syurga, inilah orangnya". Kemudian semua para jemaah bersalam salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu, para jemaah pun berkata, "Wahai Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga".
Apabila ajal Rasulullah SAW
makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan
beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu
semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah
SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya
dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba
kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka
hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan
Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan
pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan
kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku
ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian
diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat
lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua
masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah SAW
berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar
Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat.
Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan
wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat,
setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah
Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra.
pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab
oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau."
Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun
kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu
subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW
dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di
dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal,
sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar
mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah
mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid
sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh
musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di
masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah
Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya
apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra.
menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah
tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah
ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra.
pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra.,
lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan
para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh
maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua
senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku
akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian
maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan
kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku
dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah
kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke
rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka
masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka
hendaklah kamu kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail
mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan
menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah
Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla
baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan
keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan
sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi
salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk
sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi
seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai
Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata,
"Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan
kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya
dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah
SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?."
Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail,
malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan
kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah
mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis
sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka
beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah
orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian
Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun
masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah
SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi
aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu,
itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan
kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu
tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit
dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian
Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.
Apabila Rasulullah SAW
melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai
Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya
aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu
kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata
Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat
bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka,
dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata
Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku
di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman
yang bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah
melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih
dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu
memasuki syurga."
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila roh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila roh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada
kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke
atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
♥ Terima kasih ♥
No comments:
Post a Comment