06 December 2013

Petua Untuk Mendapat Pasangan

~ Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~  


Semua orang ada jodoh atau pasangan dan 
biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang 
bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. 
Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh 
disertai dengan tawakkal, insyaallah akan menemukan 
anda dengan pasangan anda.

Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana 
mudah patah semangat. 
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
"magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. 

Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan  jaga ibadah,
 solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain,
 meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
 terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan 
anda akan membenci anda. 

Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia 
untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. 
Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik 
setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting. 

Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya.
Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.
Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. 

Buka hati dan minda untuk menerima cinta.
Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada 
mereka yang bersedia untuk menerima cinta.



Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, 
perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal 
pasangan dengan penuh kasih sayang.  

Kita boleh bekomunikasi melalui fikiran. Hantarlah
kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan
gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Ramai yang terlepas peluang daan patah hati sebab lewat
menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik 
disegerakan (iaitu menyatakan perassan anda kepada bakal pasangan)

Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk 
berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang 
memulakan perkenalan walaupun sebenarnya perempuan yang mulakan.

Berkomunikasi dengan mesra dan semangat menggunakan lidah, 
mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa 
atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. 

 Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. 
Beri tumpuan kepada minat dan perasannya. 
Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

 Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama 
walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman 
segera agar bakal pasangan rasa selesa.

Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah 
kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan 
hal dirinya kepada kita.

Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain 
dan seronok untu didampingi oleh orang lain. Buang perangai 
yang menyebabkan orang benci kepada kita.

Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada 
perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan 
bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. 
Justeru buang semua benci.

Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. 
Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda 
amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

Kebanyakkan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang 
simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha 
dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi 
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. 
Justeru, orang lelaki janganlan terlalu jimat atau kedekut.

Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah perempuan. 
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan 
kebenciannya. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan 
dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. 
Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

 Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang 
penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada 
persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. 
Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat 
perbezaan menyesakkan. 

Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap 
dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan 
sikap dan sifatnya.

 Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan 
yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia 
rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. 
Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu 
kegiatan secara bersama. 

Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai 
persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, 
aktiviti keagamaan. sikap terhadap harta, wang dan hobi.

 Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu 
sama lain jika mempunyai sata atau dua persamaan yang 
mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong
atau suka ramai anak.

Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. 
Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen 
atau cuba beri nasihat.

Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan 
terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, 
serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

Tawan hati bakal pasangan dengan pamer emosi yang sama 
terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa - sama-sama gembira, 
sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentaksiran yang sama 
mengenai hubungan - tahap keakraban, kebebasan,
kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. 
Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh pasangan anda. 
Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya 
yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan 
anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan
 kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

 Bakal pasangan anda akan tertawan kepada anda jika anda dapat 
bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya 
dan pupuk keyakinan dirinya.

 Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasika 
bakal pasangan. Jika kita didapti bohong, dia akan terus 
menjauhkan diri daripada kita.

 Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebgaai magnet 
yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan 
baru lebih bermakna da berkesan berbanding pujian 
daripada kawan lama.

Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal 
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan 
dihargai dan akan tertawan kepada anda.

Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain 
tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan semangat dan 
dia akan mudah tertawan kepada anda.  

 Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian 
yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang 
tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. 
Beri penghargaan serta merta kepadasetiap pencapaian atau kejayaan 
bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

Jika pasangan memuji anda, pamerkan keseronokkan anda 
dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. 
Dia akan rasa dihargai.

Cari keunikan, kelucuan atau "kegilaan" bakal pasangan anda. 
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. 
Ini buat dia rasa istimewa.

Ramai pasangan sengsara bila isteri cantik atau suami 
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan 
yang setara dan sepadan dengan kita.

Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. 
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. 
Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman - 
bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, 
berani dan yakin diri.

Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai 
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, 
pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya disamping 
memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, 
memahami emosi, timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping 
menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing
 dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi jangan terlalu bijak.

Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, 
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciaannya atau 
sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri 
dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai 
sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.



 Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau 
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. 
Ini cara terbaik memitiskan hubungan.

Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh 
mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, 
pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada
 fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela 
dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh 
minat lelaki terhadapnya.

Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai 
mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. 
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. 
Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, 
ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara 
berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


^^__^^ JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT^^__^^

 

♥ Terima kasih ♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...