27 September 2013

Isteri Pemain Bola Sepak Negara Biadap!!!!!!!!!

Heboh sekarang nih dengan isu video pergaduhan isteri bintang bola sepak negara, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dengan seorang Pengawal Keselamatan, Azman Md Nayan, 49 di perkarangan Lapangan Terbang Subang. Malah, rakaman video tersebut yang didakwa dirakam sendiri oleh isteri pemain bola sepak itu, Siti Aisya, 24 telah pun tersebar meluas di laman internet. 


Insiden itu berlaku apabila pengawal keselamatan terbabit meminta Mat Yo dan isterinya mengalihkan kereta di tempat parking tersebut kerana di situ bukan tempat parking awam. Namun, pasangan tersebut memberi alasan mereka hanya berhenti seketika untuk membeli tiket kapal terbang.Namun, selepas lebih kurang 1o minit berlalu, mereka masih lagi belum beredar. Pengawal tersebut sekali lagi meminta mereka beredar, namun ianya mengundang kemarahan isteri Mat Yo. Kekecohan berlaku apabila perang mulut antara isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan tersebut dirakam sendiri oleh Siti Aisya. 

Video yang dirakam untuk tujuan tindakan undang-undang kepada pengawal keselamatan tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila ianya terlepas ke internet dan mengundang kemarahan dan rasa tidak puashati orang ramai terhadap kekasaran dan kebiadapan isteri Mat Yo. Video tersebut menyaksikan isteri Mat Yo memaki hamun pengawal keselamatan tersebut dengan kata-kata antaranya "Pakcik nih bodohlah!!!" dan "Jantan Dayus" dilihat sangat biadap serta kurang ajar. Video itu juga memaparkan Mat Yo hanya melihat isterinya memaki hamun pengawal tersebut tanpa melarang. Di akhir video tersebut, kedengaran isteri Mat Yo keluar dari kereta dan berlaku pergelutan.

Video Pertengkaran isteri Mat Yo dan Pengawal Keselamatan di Airport Subang

 




♥ Terima kasih ♥


26 September 2013

(Tahniah) Adam AF2 & Fiza Elite Sah Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, penyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi Khamis. Akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi. 




Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran. 

Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media. Adam, 30, dan Fiza saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumah tangga.




"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," kata Adam. Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.




Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4. Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.


















^^___^^ Semoga jodoh kekal sehingga akhir hayat^^___^^


♥ Terima kasih ♥


21 September 2013

Gempar!!!!! Adlin Binti Abd Jalil aktif menghina Islam

Astagfirullahalazim....

Relakah kita sebagai orang Islam melihat  Kesucian Islam dicemari oleh musuh-musuh Islam??? Nauzubillahiminzalik..








Ya Allah..ramainya yang like..Gejala murtad dan menghina Kesucian Islam ini mesti dibendung..apa peranan kita??? Jom kita pakat2 UNLIKE page-page yang biadap ni!!!!!!



♥ Terima kasih ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...