01 November 2015

Drama Hello Mr. Perfect Mengisi Slot Akasia di TV3

Hello Mr Perfect Akasia TV3

Drama yang sedang hangat ditayangkan di Slot Akasia TV3, Hello Mr. Perfect mendapat sambutan daripada peminat-peminat novel dan drama. Drama yang diadaptasi dari Novel "Hello Mr. Perfect" karya  Waniey Zakaria ini bersiaran mulai 30 September 2015, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di Slot Akasia TV3.

Drama ini adalah terbitan A Aida Production Sdn. Bhd di bawah sentuhan Pengarah Nuad Hj. Othman. Drama 28 episod ini dibintangi teraju utama oleh Fattah Amin dan pelakon baru, Nur Ruhainies.
Novel Hello Mr Perfect
adaptasi dari Novel "Hello Mr. Perfect"

Sinopsis Drama "HELLO MR. PERFECT"

Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainum Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka memunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konse langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Judul : Hello Mr. Perfect
Episod : 28 episod
Tarikh / Masa : 30 September 2015 (Isnin-Khamis, 6.58petang)
Siaran : Slot Akasia TV3
Skrip : Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
Novelis : Waniey Zakaria
Pengarah : Nuad Hj. Othman
Terbitan : A Aida Production Sdn Bhd
Pelakon : Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly, Zaidi Omar,Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana,

WATAK PELAKON

 
Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain
Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar sebagai Rahim
Mimi Ernida sebagai Lina
Nafiez Zaidi sebagai Azizi
Keena Mentor sebagai Hana
Afzan A.Rahman sebagai Fauzi
Kay Maria sebagai Mak Temah
Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni
Chomel Fana sebagai Amani
Ammar Alfian sebagai Aizat

LAGU TEMA / OST HELLO, MR. PERFECT!

Lagu: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad

Pelakon Utama: Fattah Amin dan  Nur Ruhainies.



♥ Terima kasih ♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...