13 December 2013

Hukum Mengenai Darah Haid & Perkara Yang Berkaitan


Darah haid adalah najis mengikut ijmak ulama, sama ada sedikit atau banyak. Firman Allah yang bermaksud:

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid itu adalah kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri”. (Surah Al-Baqarah:222)

Hadis-hadis Nabi juga memberi faham bahawa ia adalah najis dan wajib dibersihkannya. Daripada Asma’ binti Abi Bakr, maksudnya :

“Telah datang seorang wanita berjumpa Nabi Muhammad SAW lalu bertanya: Apakah pendapatmu tentang salah seorang daripada kami yang terkena darah haid pada pakaiannya, bagaimana ia melakukannya?..Berkata Nabi Muhammad SAW: Hendaklah ia menyental atau mengosok-gosok kain itu dengan menggunakan air kemudian membilasnya dan bolehlah ia menggunakannya untuk solat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa untuk menghilang atau membersih najis-najis adalah dengan menggunakan air, tidak dengan yang lain-lain. Ketika membersihkannya harus juga dicampurkan ke dalam air beberapa helai daun bidara. Ini berdasarkan kata-kata Umm Qais yang bermaksud:

"Saya bertanya kepada Nabi SAW mengenai darah haid yang terkena pada pakaian. Sabda nabi SAW, kamu basuhlah ia dengan air yang dicampurkan daun bidara dan sentallah ia sekalipun dengan tulang". (Riwayat Ibnu Majah)

Harus juga membersihkannya dengan menaburkan sedikit garam (bertujuan menghilangkan bau dan warna darah) sebagaimana Umayyah binti Abi Al-Salt berkata, maksudnya:

"Saya mengikuti di belakang Rasulullah SAW dalam satu perjalanan dengan berkenderaan unta. Maka demi Allah masih juga (saya) bersama rombongan Rasulullah SAW sehingga kepada paginya maka unta pun menurum lalu saya turun dari tempat duduk saya, tiba-tiba saya dapati ada darah, ini adalah permulaan haid yang saya alami, saya cepat-cepat pergi kepada unta (kenderaan saya) dan saya malu (dengan kejadian yang berlaku itu). Ketika Rasulullah SAW melihat apa yang terjadi pada saya dan melihat darah, Baginda SAW bertanya: Kenapa dengan diri kamu?, boleh jadi kamu didatangi haid. Saya menjawab: Ya. Baginda bersabda: Perbetulkanlah/elokkanlah diri kamu kemudian kamu ambillah air yang dicampurkan sedikit garam, kamu basuhlah dengan air itu darah yang terkena pada tempat duduk kenderaanmu, setelah itu kembalilah menaiki kenderaanmu". (Riwayat Abu Daud)

Untuk masa kini banyak bahan pencuci yang boleh digunakan untuk menghilangkan darah yang melekat pada pakaian atau sebagainya, asalkan ia dari bahan yang suci dan halal agar sifatnya sebagai najis itu hilang. Apabila masih ada kesan darah yang sukar dihilangkan maka ia tidak dianggap najis lagi. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa Khaulah binti Yasar telah berkata, maksudnya:

"Wahai Rasulullah SAW, saya tidak ada pakaian kecuali satu helai sahaja dan pakaian itu telah dikotori dengan darah haid. Rasulullah SAW bersabda: Apabila engkau telah suci maka basuhlah pada tempat yang terkena darah itu kemudian gunakanlah pakaian itu untuk menegrjakan solat. Khaulah berkata: Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau kesannya masih ada? Rasulullah SAW bersabda: Memadailah engkau membasuhnya dengan air dan tidak mengapa dengan kesannya itu". (Riwayat Ahmad)

Dalam kalangan orang melayu haid dianggap darah kotor, namun sebenarnya ia menjadi penunujuk bahawa wanita tersebut mempunyai kesihatan yang baik dan boleh hamil. Sebenarnya haid terjadi apabila darah itu mengalir keluar dari rahim dengan membawa bersama sel dan tisu dari selaput "endometrium". Ketika melalui salura faraj ia membawa bersama kuman yang terdapat dalam saluran faraj . Itulah yang dikatakan darah kotor.


WARNA DARAH HAID

Darah haid datang dalam pelbagai warna. Ada merah kehitaman, merah pekat, coklat kehitaman, dan kuning. Jika dilihat putih bersih maka ia bukan lagi haid. Dalilnya daripada kenyataan Aishah r.a, maksudnya:

"Sekumpulan wanita telah membawa kepada Aishah r.a satu bekas yang berisi kapas yang berwarna kuning. Berkata Aishah: Janganlah tergesa-gesa sehingga kau melihat warna kapas itu berwarna putih".

Warna kuning dan coklat dalam masa tempoh haid adalah dihukumkan haid, tetapi dalam masa bukan tempoh haid maka ia bukanlah haid. Umm Atiyyah menyatakan, maksudnya:

"Kami tidak mengira lagi warna kuning dan coklat selepas suci (sebagai haid)".

MASA HAID

Ulama Fiqh berbeza pendapat tentang tempoh panjang/lama atau pendeknya haid seorang wanita itu. Dijelaskan di sini pendapat imam-imam mazhab yang empat:

1. Mengikut pendapat Mazhab Hanafi: Sekuran-kurangnya masa haid tiga hari tiga malam dan masa haid paling lama sepuluh hari sepuluh malam. Andainya kurang dari tiga hari atau lebih dari sepuluh hari maka darah tersebut adalah istihadhah. Sandaran mazhab ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Sufian, yang bermaksud:

"Sekurang-kurangnya masa haid tiga (hari dan malamnya) dan masanya yang paling lama sepuluh". Hadis yang lain, maksudnya: "Wanita yang didatangi haid apabila melebihi masa sepuluh hari maka ia dianggap wanita mustahadhah, hendaklah ia mandi (dari hadas haidnya) dan mengerjakan solat". (Riwayat Al-Daruqutni)

2. Mengikut pendapat Mazhab Maliki: Tidak ada had bagi sekurang-kurangnya masa haid, baik dikira dari darah yang keluar atau masanya. Jika keluarnya hanya sekejap maka ia dianggap wanita yang didatangi haid dan masa haid yang paling lama ialah lima belas hari.

3. Mengikut pendapat Mazhab Hanbali: Sekurang-kurangnya masa haid satu hari satu malam dan masa yang paling lama lima belas hari. Pendapat yang kedua bagi mazhab ini, masa yang paling lama ialah tujuh belas hari.

4. Mengikut pendapat Mazhab Syafie: Sekurang-kurangnya masa haid ialah satu hari satu malam dan yang paling lama lima belas hari. Imam Syafie berkata: Saya mendapati ada daripada wanita yang telah memberitahu kepada saya bahawa ia didatangi haid hanya satu hari sahaja tidak lebih dari itu.


Petikan dari Slot Bimbingan Agama

Oleh PROF. MADYA DR. ROSNANI HASSAN
(Pensyarah Universiti Teknologi MARA, Machang, Kelantan)


♥ Terima kasih ♥


10 December 2013

Mengidam "MAGGI KETAM"

Nyum Nyum Nyum

Tak tahan menengoknyerrrrrr

Thanks to my BIGBOS belanja heheehee


♥ Terima kasih ♥


Kasih Tak Kesampaian

CINTA... 
Sesuatu yang sukar untuk ditaksirkan..


Ketika usia 23 tahun, aku mula mengenal erti sebenar cinta..Dulu aku seorang yang terlalu skema..aku tidak penah bercinta malah aku tidak penah melayan mana-mana lelaki yang ingin berkenalan denganku..setiap kali ada lelaki yang menyampaikan salam atau pun nk berkenalan...aku sering mengelak dan buat dek jer..heehe...Tetapi keadaan merubah segalanya bila aku menjejaki kaki ke Universiti...masa tahun pertama aku still single...sikapku tetap sama still tak melayan lelaki..setelah msuk thun kedua pengajian..aku mengenali seorang lelaki yang setahun lebih muda dariku...

Biarlah aku namakan dia 'Z'...aku mengenali Z melalui seorang temanku yang juga roomatenya...Suatu malam aku menerima meseg dari temanku itu mengatakan ada seseorang yang ingin berkenalan denganku..aku bagai nk tergelak jer..mulanya aku tak mau..kerana aku tidak penah bersedia untuk bercinta pun...bagi aku berkawan tu lebih baik dari bercinta...aku tidak memberi sebarang jawapan pada die..seminggu lepas tu..aku menerima meseg dari Z..dia bgtau aku yg dia mau berkenalan...katanye kawanku itu yg memberi nombor teponku kepadanya. Lepas tu setiap malam Z menelefon aku..Dipendekkan cite, seminggu selepas tu Z mengatakan yang die betul2 nk kenal ngan aku..dan die bgtau aku yang die selalu melihat aku membeli makanan di Cafe kolej..hehee...kantoi...rupanyer hari2 die memerhatikan gerak geriku...cuma aku jer xperasan..maklumlah aku ni jenis tak suka melayan orang..

Suatu malam Z menelefon aku lagi....die still nk kan jawapan dri aku tentang hasrat die..mulanya aku amat keberatan..tp setelah berfikir...aku rasa die terlalu ikhlas terhadapku..dan aku pun menerima die sebagai kekasihku....mulanya aku tidak mengetahui die ank org berada..tp semua tu xpenting bagi aku..aku bkn menerimanya kerana harta dan kedudukan die sebagai ank org berada..tp kerana keikhlasan dan kejujurannya yang aku nampak..setahun kami bercinta..segalanya terlalu indah bila die memperkenalkan aku kepada familynya..byk kali juga aku menemui keluarganya kat airport..parents die juga sgt menyayangiku...

Ku sangka panas sampai ke petang,,rupanya hujan di tengahari..diri ini diuji dengan dugaan yang terlalu hebat..msuk thun ketiga Z mula berubah..aku nampak jelas perubahan sikapnya setelah ayahnya membeli kereta untuknya berulang alik ke kampus..die jarang menghubungiku lagi..aku still sabar..malah aku cuba berbincang baik2 dengannya..ramai kawan2ku bgtau aku yang die terserempak nga Z keluar nga pompuan len..tp aku tidak percaya selagi aku tidak nampak nga mata aku sendiri..aku tidak mudah memberontak...tp kebenaran terbukti juga...

Suatu mlm aku jumpa Z dan tanyakan sendiri pada die..dan die mengaku...Betapa hancur dan luluhnya hatiku saat mendengar pengakuannya....tp aku still msh berlagak selamba biar hati ckup terluka..aku dilarang bertegur sapa nga lelaki..aku rela demi menjaga hubungan kami..tp die sesuka hati keluar nga pompuan len..dimana kesetiaan yg die lafazkan dulu..??????????whyyyyy..kdg terfikir jgk..tak berbaloikah pengorbananku...?????semua tu tidak berakhir di situ...sekali lg aku terpaksa menerima kepahitan hidup kerana dia minta clash..ade jgk aku tnya sebabnyer...tp alasannya tetap sama..."AWK TERLALU BAIK UNTUK SAYA"..tp kalo aku baik mengapa aku ditinggalkan tanpa sebab..kenapa mesti hukum aku..kenapa mesti nk dera perasaan aku...atau itu sekadar alasan untuk dia melepaskan diri...waktu terus berlalu..hidup aku terlalu tertekan..

Suatu mlm aku mendpt segala jawapan terhadap segala persoalan yg selama ni cukup membelenggu fikiran aku..aku jumpa die..aku pksa die bgtau apa sebenarnya yg berlaku..Z menceritakan satu persatu ape yg terjadi..rupanyer die telah terlalu jauh menyimpang...dari seorang yg xmerokok die dh mula merokok...dri seorang yg xpenah msuk night club menjadi seorang kaki club malam..tp pling aku tidak boleh terima bila die mula mengambil benda haram dan berdampingan nga pompuan kelab malam...

Tuhan sj yang tau..betapa hati tersayat pilu..lukanya terlalu dalam...sehingga smpai ke satu tahap aku mula membenci lelaki...aku terlalu kecewa..duniaku hanyalah di bilik hostel..3 bulan aku hanya menangis ...sehingga sampai ke satu tahap aku sanggup merayu2 kepada ibu Z..tp semuanya dh tak bermakna pape kerana keputusan di tangan Z...aku tidak mempedulikan soal pelajaranku..aku tak pergi kelas..aku tak kuar makan..yg aku tau aku cuma mau lupakan segala kepahitan tu agar cepat berlalu..di bilik aku cuma tido dan bila aku bngun aku hnya mampu menangis...sehingga pointer ku untuk sem 5 down gler...6 bulan berlalu...ms mengubah segalanya...aku dh boleh tersenyum...kehidupan aku dh kembali ceria dan aku dh boleh bergelak ketawa mcm selalu...berkat doa dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT..akhirnya aku berjaya bangkit kembali...

to be continue............



♥ Terima kasih ♥


09 December 2013

Kisah "Wahyu Terakhir Kepada Rasulullah SAW"

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu, Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu, turun Malaikat Jibril AS berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu, kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu"

Setelah Malaikat Jibril AS pergi, maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang  telah diberitahu oleh Malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian, maka mereke pun gembira sambil berkata:

 "Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna"

Apabila Abu Bakar r.a mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya, maka ai pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar r.a dan mereka berkata "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna." mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu itu telah sempurna, maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a, maka sedarlah mereka bahawa akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a, maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?". Kemudian Ali r.a berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar r.a mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?". Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan. Sementara Ukasyah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu, saya hendak tau apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda". Rasulullah berkata "Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu". Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal r.a, "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimahdan ambilkan tongkaku ke mari". Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah, maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata "Siapakah di pintu?". Lalu Bilal r.a berkata "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk mengambil tongkat beliau". Kemudian Fatimah r.a berkata "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.". Berkata Bilal r.a "Wahai Fatimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah r.a lagi "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?". Bilal r.a tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. Setelah Fatimah r.a memebrikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a, beliau pun menyerahkan kepada Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a tampil ke depan sambil berkata "Wahai Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua". Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar r.a dan Umar r.a, maka dengan segera beliau berkata "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua". Kemudian Ali r.a bangun lalu berkata, "Wahai Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW, oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW", lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu". Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata "Wahai Ukasyah, bukankah kamu tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW". Mendengar kata-kata cucunya, Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua". Berkata Rasulullah SAW "Wahai Ukasyah, pukullah saya kalau kamu hendak memukul".

Kemudian Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju". Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju, maka menangislah semua yang hadir. Setelah Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW, maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya Ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormtanmu". Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kemu melihat ahli syurga, inilah orangnya". Kemudian semua para jemaah bersalam salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu, para jemaah pun berkata, "Wahai Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga".

Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku." 

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." 

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.
 
Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku." 

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
 
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." 

Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila roh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." 

Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
 

♥ Terima kasih ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...