Salah satu drama televisyen yang masih melekat di ingatan para peminat drama tempatan ialah drama "Nur Kasih" . "Nur Kasih" adalah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat di TV3, mulai 2 Mei 2009 hingga 27 November
2009. Drama arahan Kabir Bhatia dan Faizal Ishak ini dibintangi barisan pelakon popular Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Sharifah Sofia, Dato' Jalaluddin Hassan dan Liza Othman.
SINOPSIS
Drama "Nur Kasih" mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Aidil seoang anak yang akur kepada segala peintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil juusan undang-undang di Univesiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seoang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendii di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama
berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan
penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam
kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur
Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan
bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi
dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang
tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk
dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya
terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa
hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk
memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap
bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam.
Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi
nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat
serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan
seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan
kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula
berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa
dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan
terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak
menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam
jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah
dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan.
Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang
akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang
cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu,
dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang
isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik
berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina.
Drama "Nur Kasih"
Drama "Nur Kasih"
Genre : Drama
Ciptaan : Mira Mustaffa
Pengarah : Kabir Bhatia, Faisal Ishak
Pelakon : Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Sharifah Sofea, Dato' Jalaluddin Hassan, Liza Othman.
Ciptaan : Mira Mustaffa
Pengarah : Kabir Bhatia, Faisal Ishak
Pelakon : Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Sharifah Sofea, Dato' Jalaluddin Hassan, Liza Othman.
LINKS DOWNLOAD
NurKasih.EP02
NurKasih.EP03
NurKasih.EP04
NurKasih.EP05
NurKasih.EP06
NurKasih.EP07
NurKasih.EP09
NurKasih.EP10
NurKasih.EP11
NurKasih.EP12
NurKasih.EP13
NurKasih.EP14
NurKasih.EP15
NurKasih.EP16
NurKasih.EP17
NurKasih.EP18
NurKasih.EP19
NurKasih.EP20
NurKasih.EP21
NurKasih.EP22
NurKasih.EP23
NurKasih.EP24
NurKasih.EP25
NurKasih.EP26 - Tamat
NurKasih.EP03
NurKasih.EP04
NurKasih.EP05
NurKasih.EP06
NurKasih.EP07
NurKasih.EP09
NurKasih.EP10
NurKasih.EP11
NurKasih.EP12
NurKasih.EP13
NurKasih.EP14
NurKasih.EP15
NurKasih.EP16
NurKasih.EP17
NurKasih.EP18
NurKasih.EP19
NurKasih.EP20
NurKasih.EP21
NurKasih.EP22
NurKasih.EP23
NurKasih.EP24
NurKasih.EP25
NurKasih.EP26 - Tamat
♥ Terima kasih ♥
No comments:
Post a Comment