06 December 2013

10 Tanda Dilamun Ombak Cinta

 
adakah anda pernah mengalaminya???hehehee.....

1. Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja/pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu. Prestasi kerja dan pelajaran juga terjejas. Selalu datang lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya. Bagi yang masih belajar, banyak assigment yang tidak/lambat siap kerana asyik melayan perasaan.

2. Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai. Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu. Kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

3. Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya ia boleh memakainya dan anda membayar bilnya.

4. Anda sanggup bersusah payah terhendap-hendap mencari pondok telefon awam pada malam gelap supaya anda boleh menghubungi si dia sekadar mahu mengucapkan selamat  malam.

5. Anda mengantuk, letih dan penat tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun takpe, tak tidur pun takpe..hehee

6. Anda dan si dia menjadi bayang-bayang (anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, kemana saja!!).

7. Dia melayan anda dengan teruk dan anda masih gembira keluar dengannya siang dan malam.

8. Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia kan berubah.

9. Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabisan wang kerananya.

10. Kalau dulu anda enjoy mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dengan BF atau GF lagi syok! hehehe..


Adakah anda salah seorang yang mengalaminya????
Tepuk Dada Tanya Hati K hehehee


♥ Terima kasih ♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...