27 September 2013

Isteri Pemain Bola Sepak Negara Biadap!!!!!!!!!

Heboh sekarang nih dengan isu video pergaduhan isteri bintang bola sepak negara, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dengan seorang Pengawal Keselamatan, Azman Md Nayan, 49 di perkarangan Lapangan Terbang Subang. Malah, rakaman video tersebut yang didakwa dirakam sendiri oleh isteri pemain bola sepak itu, Siti Aisya, 24 telah pun tersebar meluas di laman internet. 


Insiden itu berlaku apabila pengawal keselamatan terbabit meminta Mat Yo dan isterinya mengalihkan kereta di tempat parking tersebut kerana di situ bukan tempat parking awam. Namun, pasangan tersebut memberi alasan mereka hanya berhenti seketika untuk membeli tiket kapal terbang.Namun, selepas lebih kurang 1o minit berlalu, mereka masih lagi belum beredar. Pengawal tersebut sekali lagi meminta mereka beredar, namun ianya mengundang kemarahan isteri Mat Yo. Kekecohan berlaku apabila perang mulut antara isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan tersebut dirakam sendiri oleh Siti Aisya. 

Video yang dirakam untuk tujuan tindakan undang-undang kepada pengawal keselamatan tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila ianya terlepas ke internet dan mengundang kemarahan dan rasa tidak puashati orang ramai terhadap kekasaran dan kebiadapan isteri Mat Yo. Video tersebut menyaksikan isteri Mat Yo memaki hamun pengawal keselamatan tersebut dengan kata-kata antaranya "Pakcik nih bodohlah!!!" dan "Jantan Dayus" dilihat sangat biadap serta kurang ajar. Video itu juga memaparkan Mat Yo hanya melihat isterinya memaki hamun pengawal tersebut tanpa melarang. Di akhir video tersebut, kedengaran isteri Mat Yo keluar dari kereta dan berlaku pergelutan.

Video Pertengkaran isteri Mat Yo dan Pengawal Keselamatan di Airport Subang

 




♥ Terima kasih ♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...