21 August 2013

Nahas Bas Terhumban Gaung : Kemalangan terburuk sejak 17 tahun

KUALA LUMPUR – Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun. Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.

Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara. Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:

  • 5 Mac 2012 – Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.
 
  • 29 Oktober 2010 – Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands. 

  • 2 September 2010 – Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands. 

  • 3 Jun 2008 – Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. 

  • 20 November 2006 – Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali. 

  • 14 November 1999 – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands. 

  • 31 Disember 1996 – Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu. 

  • 15 Julai 1996 – Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. - Bernama

 Lagi gambar kejadian di bawah: 


Operasi menyelamat mangsa nahas


  Keadaan bas ekspress yang terjunam ke dalam gaung

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa

 Salah seorang mangsa kejadian yang berjaya dikeluarkan







♥ Terima kasih ♥


23 July 2013

Kelebihan Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyumu. Laa ta'khudzuhuu sinatuw wa laa nauum. Lahuu maa fissamaawaati wa maa fil ardhi. Man Dzal ladzii yasfa'u 'indahuu illaa bi idznihi. Ya'lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum. Wa laa yuhithuuna bi syai-in min 'ilmihii illaa bi maasyaa-a. Wasi'a kursiyyuhussamaawaati wal ardha. Wa laa ya-udhuuhu hifzhuhumaa wahuwal 'aliyyul azhiim.

Ertinya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah memjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) .....(Surah Al-Baqarah : 255)


Ayatul kursi adalah ayat, wahyu, kalamullah yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah juz ke II, ayat 255. Turunnya ayat ini pada malam hari selepas hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh 40,000 Malaikat yang menunjukkan kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka menyesatkan manusia. Ayat ini mempunyai 93 nama, antara yang termasyhur ialah Ayatul Kursi, A'zhamul ayaat, ayatul fat-hi, ayatul muqaddasah, Ayatu'ttauhid, ayatul mustaghissin, ayatunnafi'ah, ayatul hafizhah dan lain-lain.

Kelebihan Ayatul Kursi  
    • "Barangsiapa membaca akan Ayatul kursi pada ketika mengiringi tiap-tiap solat fardu, diampunkan Allah akan dosanya dan dihapuskan Allah pada tiap-tiap kejahatannya.  
      • Barangsiapa membaca Ayatul kursi ketika hendak tidur sekali, nescaya  ia terpelihara dari tiap-tiap kejahatan syaitan, jin, manusia dan binatang".
        • Pernah Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Ali katanya: "Apabila berkehendak engkau akan sesuatu hajat, maka bacalah ayatul kursi, langkahkanlah dengan kaki kanan, mudah-mudahan apa-apa yang dihajatkan akan diperkenankan Allah".
          • "Barangsiapa mengharapkan keberkatan pada makanan, perniagaan atau wang simpanan, mahupun yang lain-lain, maka hendaknya dibacakan ayatul kursi sebanyak kalimahnyah (50 kali) pada yang dimaksudkan serta pada tiap kali ayatul kursi dibaca, dihembuskannya kepada benda dimaksud dengan niat yang ikhlas dan yakin, Insyaallah akan diperkenankannya".
            • "Barangsiapa membaca akan Ayatul kursi pada tengah malam, serta menghadap kiblat pada tempatnya yang sunyi dan bersih, sebanyak bilangan hurufnya (180 huruf), kemudian selesainya lalu ia memohon kehadrat Allah, apa-apa yang dicita-citakannya itu nescaya akan dikabulkan Allah".
              • "Barangsiapa yang membaca Ayatul Kursi ketika hendak keluar dari rumahnya, nescaya malaikat akan sentiasa mengawasi dan memelihara keselamatannya".
                • "Barangsiapa yang membaca Ayatul Kursi pada tiap-tiap pagi (sesudah subuh) sekali, Insyaallah terpelihara ia akan kejahatan hari itu, dan jika dibacanya sekali Ayatul Kursi pada petang hari (sesudah maghrib) nescaya akan terpelihara ia akan kejahatan pada malam itu hingga paginya".
                  • Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah", sesiapa mengamalkan membaca Ayatul Kursi setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah swt.
                    • Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".
                      • "Barangsiapa membaca ayat kursi sebanyak 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar".
                        • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan "Siapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan".
                        • Ayat Kursi juga menjadi benteng yang kuat daripada pencerobohan pencuri memasuki rumah.
                        • "Barangsiapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya".
                        • "Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir tiap-tiap solat fardu, Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan yang benar, pahala nabi-nabi dan juga dilimpahkan rahmat ke atasnya".
                        • "Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid".
                        • Memberi keselamatan ketika dalam perjalanan.
                        • Akan dicintai dan diperlihara Allah swt sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad s.a.w.

                        Lagi tentang Ayatul kursi klik SINI ..:)

                        Sumber: Senjata Mukmin
                        Tulisan oleh H. Abu Bakar Yacub


                        ♥ Terima kasih ♥


                        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...